Jumaat, 30 September 2011

KERTAS KERJA


PENGENALAN
Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling meupakn satu perkhidmatan yang cukup bermanfaat dan besar peranannya di sekolah. Penggunaan ICT di kalangan warga guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa perlu di gerakkan.
Pembinaan blog merupakn satu usaha yang berterusan untuk mengembangkan pengetahuan dan penggunaan ICT dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Pengetahuan dalam bidang ICT perlu direalisasikan bagi memastikan pencairan maklumat dan perkongsian ilmu dapat di maanfaatkan dalam masa yang singkat.
Demi menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia usaha yang berterusan perlu dirangka untuk memastikan pembinaan blog sebagai media maklumat tanpa sempadan dapat dilaksanakan di sekolah. Blog ini juga merupakan program inovasi dan transformasi pendidikan yan dirangkaakan dirancang bagi  meningkatkan mutu profesionalisma, kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.






RASIONAL
Pembinaan blog ini merupakan satu medium penyebaran maklumat dengan skala yang luas. Di mana pembaca bukan saja dari kalangan sekolah kami tapi orang dari sekolah lain atau orang-orang yang ingin mencari maklumat. Selain itu terdapat banyak animasi-animasi yang dapat menarikminta pelajar untuk membaca hal-hal berkaitan berbanding buku-buku yang ada. Pembinaan blog juga dapat mewujudkan interaksi social yang bersepadu di kalangan warga sekolah dan komuniti.











OBJEKTIF
·         Menaik taraf perkhidmatan BImbingan dan Kaunseling.
·         Sebagai medium penyebaran maklumat tentang hal hal berkaitan.
·         Medium komunikasi pintar dengan pihak luar bagi memastikan pelbagai maklumat dapat di manfaatkan.
·         Laman interaktif rujukan untuk warga sekolah dan pembaca-pembaca lain.











JUSTIFIKASI
·         Penyebaran maklumat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tidak lagi hanya tertumpu kepada sebaran cetakan tetapi perlu diperluaskan dengan menggunakkan ICT.
·         Penggunaan blog perlu diperluaskan bagi penyebaran maklumat secara optimum selaras dengan hasrat dan wawasan Negara yang ingin menjadikan pendidik sebagai peneraju transformasi pendidikan.











KAEDAH PERLAKSANAAN
·         Penyediaan kertas kerja inovasi pembinaan Blog.
·         Pembinaan blog perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling.
·         Pertandingan pembinaan blog peringkat sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan